Biografi Nik Adruce

Nik Adruce dilahirkan pada 30 September 1994 dan berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Adruce merupakan anak tunggal pasangan Nik Von Adelin Nik Ismail dan Lezamaheran Abdul Ali. Adruce pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan SS19 Subang Jaya, Selangor dan mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Nik Adruce terlupa menduduki PMR kerana amat sibuk berlakon untuk sebuah filem.[perlu rujukan] Dia merupakan sepupu kepada Shafimie Saedon.

Bakat seninya mula diasah bermula dengan pertandingan bercerita anjuran British Council pada tahun 2003 yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur, diikuti selepas itu dengan drama pentas di sekolahnya, Three Abdul. Pada 2006, dia membintangi filem Tentang Bulan.

Pada 2010, Nik Adruce menguruskan badannya.[2] Dia kemudian berlakon sebagai Johan dalam siri Waktu Rehat.